Friday, 17 February 2012

kerja kursus sejarah pmr 2012 tingkatan 3

LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2012 21/2
SEJARAH
KERJA KURSUS
Kertas 2
Februari – Julai

1. Kertas ini mengandungi dua tugasan.
2. Tugasan 1(a) untuk Elemen 1, Tugasan 1(b) untuk Elemen 2 dan Tugasan 2 untuk
Elemen 3.
3. Calon mesti melaksanakan semua tugasan.


ARAHAN KEPADA CALON
1. Calon PMR wajib melaksanakan Kerja Kursus Sejarah.

2. Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan Kerja Kursus Sejarah dari bulan
Februari hingga bulan Julai tahun 2012 berpandukan senarai semak.

3. Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk kajian. Tajuk
kajian mestilah berkaitan dengan negara kita Malaysia.

4. Calon mesti melaksanakan ketiga-tiga elemen untuk mendapat tahap pencapaian
Kod 1, Kod 2 atau Kod 3. Sekiranya calon hanya melaksanakan satu atau dua elemen
sahaja, calon hanya layak mendapat Kod 4.

5. Calon digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk
mencari dan mengumpul fakta sejarah.

6. Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah
secara individu.

7. F a k t a s e j a r a h y a n g d i k ump u l u n t u k E l eme n 1 h e n d -akl a h d i d o k ume n t a s i k a n
bersama-sama hasil Elemen 2 dan Elemen 3.

8. Hasil kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru
daripada mana-mana pihak.

9. Elemen 2 hendaklah dihasilkan dalam bentuk esei tidak kurang daripada 15 halaman
mengikut format yang ditetapkan.

10. Hasil kerja kursus calon hendaklah ditulis tangan, ditaip atau menggunakan komputer.
Penulisan menggunakan komputer hendaklah dengan fon Times New Roman,
saiz 12 dengan langkau 2.0.

11.Hasil kerja kursus calon hendaklah menggunakan kertas saiz A4 sahaja.

12. Maklumat peribadi calon hendaklah ditulis di halaman hadapan laporan.

13. P e n i l a i a n p r o s e s k e r j a c a l o n a k a n d i l a k u k a n s e p a n j a n g m a s a k e r j a

kursus dilaksanakan.

14. P e n i l a i a n d a n p e m b e r i a n m a r k a h d i l a k u k a n s e l e p a s p e l a k s a n a a n setiap elemen.

15. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada bulan Julai 2012


TUGASAN 1
Anda ditugaskan membuat kajian berkaitan produk tempatan yang terdapat di negara kita,
Malaysia, berdasarkan satu daripada tajuk berikut:
(i) Makanan
(ii) Pakaian
(iii) Kraf tangan
(iv) Pertukangan (kerja kayu atau kerja logam)


TUGASAN 2
Tulis satu esei tidak kurang daripada 100 patah perkataan yang mengandungi pengamalan
unsur patriotisme berdasarkan soalan di bawah.
Soalan:
BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan
rakyat di negara kita?

TUGASAN TAMAT

21/2 © 2012 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

No comments:

Post a Comment

 
;